Selamat datang ke Blog Gemilang Sains..... Matlamat tanpa usaha adalah angan-angan..... Usaha tanpa matlamat umpama berjalan tanpa tujuan...... Matlamat beserta usaha pasti menghasilkan kejayaan.......

Tuesday 8 November 2011

Komet


       Komet merupakan kumpulan ketulan ais dan habuk kecil yang beredar mengelilingi Matahari. Ianya beredar mengelilingi Matahari dalam orbit yang amat besar. Menghabiskan banyak masanya di luar Sistem Suria.              

          Di angkasa lepas terdapat beribu-ribu komet. Antara komet yang termasyhur adalah Komet Haley. Komet Haley telah berada di orbit selama lebih daripada 300 tahun yang lalu. Komet ini hanya boleh dilihat bagi jangka masa 76 tahun sekali. Ia boleh dilihat dengan mata kasar. Dalam satu pusingan, Komet Halley akan mengelilingi Matahari dan kadang kala sehingga ke planet Musytari.

          Seorang ahli astronomi dari Amerika Syarikat bernama Edmund Haley adalah orang pertama yang menjumpai Komet Haley ini. Komet Halet ini telah ditemui pada tahun 1682. Oleh itu komet itu telah dinamakan 'Haley', mengikut namanya.

No comments:

Post a Comment