Selamat datang ke Blog Gemilang Sains..... Matlamat tanpa usaha adalah angan-angan..... Usaha tanpa matlamat umpama berjalan tanpa tujuan...... Matlamat beserta usaha pasti menghasilkan kejayaan.......

Saturday 12 November 2011

Asteroid

   


          Asteroid adalah objek berbatu yang beredar mengelingi matahari. Kebanyakan Asteroid terletak dalam satu jaluran antara planet Marikh dengan Musytari yang dikenal sebagai jaluran Asteroid. Asteroid berbeza-beza saiznya daripada sekecil habuk hingga beberapa kilometer diameternya.

         Untuk membayangkan betapa kecilnya planet ini, 195 daripadanya mempunyai garis pusat lebih daripada 98 kilometer. 502 daripadanya mempunyai garis pusat antara 40 hingga 98 kilometer, 193 daripadanya mempunyai mempunyai garis pusat antara 16 hingga 40 kilometer  dan 22 lagi mempunyai garis pusat kurang daripada 16 kilometer. Jika semua semua ini jisim Asteroid ini disatukan, ia akan menjadi 1/3000 daripada bumi. Oleh itu, jika semua Asteroid sekalipun disatukan, ia akan merupakan sebuah planet yang tidak bererti bagi kita. Teori bagaimana Asteroid ini terbentuk ialah satu satelit Musytari telah meletup dan mengeluarkan cebisan-cebisan ini.

Tuesday 8 November 2011

Komet


       Komet merupakan kumpulan ketulan ais dan habuk kecil yang beredar mengelilingi Matahari. Ianya beredar mengelilingi Matahari dalam orbit yang amat besar. Menghabiskan banyak masanya di luar Sistem Suria.              

          Di angkasa lepas terdapat beribu-ribu komet. Antara komet yang termasyhur adalah Komet Haley. Komet Haley telah berada di orbit selama lebih daripada 300 tahun yang lalu. Komet ini hanya boleh dilihat bagi jangka masa 76 tahun sekali. Ia boleh dilihat dengan mata kasar. Dalam satu pusingan, Komet Halley akan mengelilingi Matahari dan kadang kala sehingga ke planet Musytari.

          Seorang ahli astronomi dari Amerika Syarikat bernama Edmund Haley adalah orang pertama yang menjumpai Komet Haley ini. Komet Halet ini telah ditemui pada tahun 1682. Oleh itu komet itu telah dinamakan 'Haley', mengikut namanya.