Selamat datang ke Blog Gemilang Sains..... Matlamat tanpa usaha adalah angan-angan..... Usaha tanpa matlamat umpama berjalan tanpa tujuan...... Matlamat beserta usaha pasti menghasilkan kejayaan.......

Monday 12 December 2011

Angkasawan Negara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar murid-murid semua? Tahukah siapa nama Angkasawan Negara kita? Nama Angkasawan Negara kita ialah Dato' Dr. Sheikh Mudzaphar Shukor bin Sheikh Mustafa. Baru-baru ini beliau telah datang ke sekolah Cikgu Nory di SK Kalumpang, bagi memberi ceramah motivasi dan juga menceritakan kisah pengalaman beliau di angkasa lepas. Semua murid-murid di sekolah Cikgu Nory sangat teruja dengan kehadiran beliau. Di bawah ini Cikgu Nory kongsikan gambar murid-murid SK Kalumpang bersama Angkasawan Negara dan juga sebahagian sedutan video semasa beliau ke angkasa lepas. Semoga kisah kejayaan beliau dapat menaikkan semangat murid-murid untuk lebih meminati subjek Sains dan menjadi insan berjaya mengharumkan nama negara kita Malaysia. 



No comments:

Post a Comment