Aktiviti: Cari nama objek-objek Sistem Suria yang tersembunyi.
Thursday, 15 December 2011
Monday, 12 December 2011
Angkasawan Negara
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar murid-murid semua? Tahukah siapa nama Angkasawan Negara kita? Nama Angkasawan Negara kita ialah Dato' Dr. Sheikh Mudzaphar Shukor bin Sheikh Mustafa. Baru-baru ini beliau telah datang ke sekolah Cikgu Nory di SK Kalumpang, bagi memberi ceramah motivasi dan juga menceritakan kisah pengalaman beliau di angkasa lepas. Semua murid-murid di sekolah Cikgu Nory sangat teruja dengan kehadiran beliau. Di bawah ini Cikgu Nory kongsikan gambar murid-murid SK Kalumpang bersama Angkasawan Negara dan juga sebahagian sedutan video semasa beliau ke angkasa lepas. Semoga kisah kejayaan beliau dapat menaikkan semangat murid-murid untuk lebih meminati subjek Sains dan menjadi insan berjaya mengharumkan nama negara kita Malaysia.
Labels:
Umum
Saturday, 12 November 2011
Asteroid
Asteroid adalah objek berbatu yang beredar mengelingi matahari. Kebanyakan Asteroid terletak dalam satu jaluran antara planet Marikh dengan Musytari yang dikenal sebagai jaluran Asteroid. Asteroid berbeza-beza saiznya daripada sekecil habuk hingga beberapa kilometer diameternya.
Untuk membayangkan betapa kecilnya planet ini, 195 daripadanya mempunyai garis pusat lebih daripada 98 kilometer. 502 daripadanya mempunyai garis pusat antara 40 hingga 98 kilometer, 193 daripadanya mempunyai mempunyai garis pusat antara 16 hingga 40 kilometer dan 22 lagi mempunyai garis pusat kurang daripada 16 kilometer. Jika semua semua ini jisim Asteroid ini disatukan, ia akan menjadi 1/3000 daripada bumi. Oleh itu, jika semua Asteroid sekalipun disatukan, ia akan merupakan sebuah planet yang tidak bererti bagi kita. Teori bagaimana Asteroid ini terbentuk ialah satu satelit Musytari telah meletup dan mengeluarkan cebisan-cebisan ini.
Labels:
Nota
Tuesday, 8 November 2011
Komet
Komet merupakan kumpulan ketulan ais dan habuk kecil yang beredar mengelilingi Matahari. Ianya beredar mengelilingi Matahari dalam orbit yang amat besar. Menghabiskan banyak masanya di luar Sistem Suria.
Di angkasa lepas terdapat beribu-ribu komet. Antara komet yang termasyhur adalah Komet Haley. Komet Haley telah berada di orbit selama lebih daripada 300 tahun yang lalu. Komet ini hanya boleh dilihat bagi jangka masa 76 tahun sekali. Ia boleh dilihat dengan mata kasar. Dalam satu pusingan, Komet Halley akan mengelilingi Matahari dan kadang kala sehingga ke planet Musytari.
Seorang ahli astronomi dari Amerika Syarikat bernama Edmund Haley adalah orang pertama yang menjumpai Komet Haley ini. Komet Halet ini telah ditemui pada tahun 1682. Oleh itu komet itu telah dinamakan 'Haley', mengikut namanya.
Di angkasa lepas terdapat beribu-ribu komet. Antara komet yang termasyhur adalah Komet Haley. Komet Haley telah berada di orbit selama lebih daripada 300 tahun yang lalu. Komet ini hanya boleh dilihat bagi jangka masa 76 tahun sekali. Ia boleh dilihat dengan mata kasar. Dalam satu pusingan, Komet Halley akan mengelilingi Matahari dan kadang kala sehingga ke planet Musytari.
Seorang ahli astronomi dari Amerika Syarikat bernama Edmund Haley adalah orang pertama yang menjumpai Komet Haley ini. Komet Halet ini telah ditemui pada tahun 1682. Oleh itu komet itu telah dinamakan 'Haley', mengikut namanya.
Labels:
Nota
Wednesday, 19 October 2011
Planet Uranus, Neptun & Pluto
Planet Uranus
Planet ketujuh dari Matahari. Mengambil masa 84 tahun untuk beredar mengelilingi Matahari. Saiznya 50 kali ganda saiz bumi dan beratnya 15 kali berat bumi. Jaraknya dari matahari adalah 2 870 630 000 kilometer. Uranus mengambil masa 84 tahun 7 hari untuk melengkapkan satu putaran. Uranus berputar pada paksinya dari barat ke timur. Warnanya agak kehijauan dengan satu jaluran berwarna perak. Uranus sebuah planet yang sejuk di mana suhunya 190 darjah celsius.
Planet Neptun
Planet kelapan dari Matahari. Mengambil masa 165 tahun untuk beredar mengelilingi Matahari. Ia merupakan planet yang ke-empat besarnya dalam Sistem Suria. Neptun berwarna kehijauan dan beberapa jaluran warna. Jaraknya dari matahari adalah 4 496 730 000 kilometer. Garis pusat planet ini ialah kira-kira 50 232 kilometer. Ia mengambil masa 165 tahun untuk membuat satu putaran lengkap. Planet Neptun terdiri daripada lapisan-lapisan awan yang agak sejuk. Suhu di permukaannya adalah -220 darjah Celsius.
Planet Pluto
Planet kesembilan dari Matahari. Mengambil masa kira-kira 247 tahun untuk beredar mengelilingi Matahari. Planet yang paling kecil dan paling sejuk dalam Sistem Suria. Jauhnya Pluto dari Matahari adalah 5 902 260 000 kilometer. Ukuran garis pusatnya 5 957 kilometer. Bentuknya tidak bulat tetapi agak bujur. Ia berwarna kekuning-kuningan dan terdapat sedikit saja udara. Permukaannya berbatu-batan. Suhu permukaannya terlalu sejuk sehingga sebarang udarakasa yang terdapat di sini menjadi beku.
Labels:
Nota
Planet Marikh, Musytari & Zuhal
Planet Marikh
Planet keempat dari Matahari. Mengambil masa 687 hari untuk beredar mengelilingi Matahari. Digelar planet merah kerana permukaannya diliputi habuk merah. Suhu di permukaan Marikh lebih rendah berbanding dengan suhu di bumi. Planet Marikh mempunyai dua bulan atau satelit yang kecil. Kedua-duanya boleh memberi cahaya yang sedikit pada waktu malam di Marikh.
Planet keempat dari Matahari. Mengambil masa 687 hari untuk beredar mengelilingi Matahari. Digelar planet merah kerana permukaannya diliputi habuk merah. Suhu di permukaan Marikh lebih rendah berbanding dengan suhu di bumi. Planet Marikh mempunyai dua bulan atau satelit yang kecil. Kedua-duanya boleh memberi cahaya yang sedikit pada waktu malam di Marikh.
Planet Musytari
Planet kelima dari Matahari. Planet yang terbesar dalam Sistem Suria. Mengambil masa 12 tahun untuk beredar mengelilingi Matahari. Musytari adalah yang terbesar daripada semua planet isipadu lebih daripada 1 300 kali isipadu bumi. Ia dipanggil juga planet raksasa. Apabila kita melihat dengan mata kasar, ia kelihatan bercahaya dan cantik. Planet ini kelihatan seperti bola berwarna kekuningan dengan jalur-jaluran gelap merentasinya.
Planet Zuhal
Planet keenam dari Matahari. Mengambil masa 29 tahun untuk beredar mengelilingi Matahari. Mempunyai gegelang cerah di sekelilingnya. Gegelang seperti itu tidak terdapat di mana-mana pun di alam ini selain daripada di sekeliling planet Zuhal. Gegelang itu leper dan terdiri daripada berbilion-bilion zarah seni, serpihan-serpihan batu batan atau air bergerak. Permukaan Zuhal terdiri daripada udara dan gas-gas yang ringan. Gas-gas yang terdapat di planet ini adalah hidrogen dan helium. Suhu dipermukaannya adalah sangat sejuk iaitu -180 darjah Celsius. Oleh itu tidak ada hidupan boleh hidup di sini.
Labels:
Nota
Tuesday, 18 October 2011
Planet Utarid, Zuhrah & Bumi
Planet Utarid
Planet yang paling dekat dengan Matahari. Ia merupakan planet yang paling kecil dan sangat panas. Jaraknya dari matahari kira-kira 576 000 000 kilometer. Planet ini mengambil masa selama 88 hari untuk beredar mengelilingi matahari. Kita dari bumi memerlukan 83 hari untuk sampai ke planet ini. Masa yang diambil oleh planet Utarid untuk berputar di atas paksinya ialah 58 hari sekali putaran.
Planet Zuhrah
Planet Zuhrah terletak di orbit yang kedua iaitu antara Utarid dan Bumi. Nama lain bagi planet ini adalah Kejora. Zuhrah juga dikenali sebagai 'saudara kembar bumi'. Ini adalah kerana ianya hampir besar dengan bumi, malahan berat dan ketumpatannya pun serupa dengan bumi. Garis pusatnya berukuran 12 397 kilometer dan jaraknya dari matahari adalah 107 000 000 kilometer. Ia mengambil masa 225 hari untuk mengelilingi matahari. Planet ini berpusingan di paksinya iaitu dari timur ke barat. Sekali putaran di paksinya ialah 240 hari. Kadangkala Zuhrah sukar dilihat. Ini adalah kerana Zuhrah disaluti oleh awan putih yang tebal dan selalunya berkabus. Lagipun tidak banyak sinaran matahari boleh sampai di permukaannya.
Planet Bumi
Planet Bumi adalah yang ketiga hampir dengan matahari dan hanya di bumi saja terdapat kehidupan seperti manusia, haiwan dan tumbuhan. Bumi berbentuk sfera seperti sebiji bola. Oleh sebab itu, kita boleh belayar ke timur atau ke barat, kemudian balik ke tempat asal. Diameter bumi adalah 12 756 kilometer dan jaraknya ke Matahari adalah kira-kira 150 000 000 kilometer.
Labels:
Nota
Monday, 17 October 2011
Sistem Suria
Sains Tahun 4
Objektif Umum : 1. Sistem Suria (Solar System)
Objektif Khusus : 1.1 Memahami Sistem Suria
Hasil Pembelajaran :
i) Murid dapat menyenaraikan ahli-ahli Sistem Suria
ii) Murid dapat menyenaraikan nama-nama planet dalam
Sistem Suria mengikut urutan.
iii) Murid dapat menyatakan bahawa planet-planet
bergerak mengelilingi Matahari.
i) Murid dapat menyenaraikan ahli-ahli Sistem Suria
ii) Murid dapat menyenaraikan nama-nama planet dalam
Sistem Suria mengikut urutan.
iii) Murid dapat menyatakan bahawa planet-planet
bergerak mengelilingi Matahari.
Sistem Suria kita terdiri daripada Matahari, planet, satelit semula jadi, komet, meteoroid dan asteroid. Matahari merupakan pusat Sistem Suria yang dikelilingi oleh beberapa jasad seperti planet-planet dan objek-objek lain di angkasa. Sistem Suria terletak di dalam galaksi yang bernama Bima Sakti iaitu di antara berjuta galaksi di alam semesta. Sembilan planet yang mengorbit matahari ialah Utarid (Mercury), Zuhrah (Venus), Bumi (Earth), Marikh (Mars), Musytari (Jupiter), Zuhal (Saturn), Uranus, Neptun (Neptune) dan Pluto. Semua planet dalam Sistem Suria bergerak mengelilingi Matahari di ruang angkasa. Tempoh masa yang diambil oleh sesebuah planet untuk mengelilingi matahari dalam satu kitaran disebut sebagai satu tahun.
“Planet” berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud "pengembara" kerana planet-planet ini kelihatan bergerak laju apabila di lihat melalui teleskop. Semua planet kecuali Utarid dan Zuhrah mempunyai satelit semula jadi yang sentiasa mengorbit planet. Satelit semula jadi Bumi dinamai bulan dan satelit ini tidak mengeluarkan cahaya tetapi memantulkan cahaya dari Matahari. Selain planet-planet, terdapat juga serpihan kecil atau dunia kerdil yang terapung di angkasa yang dinamai asteroid. Planet kerdil terdiri daripada planet Utarid dan Zuhrah, manakala planet-planet gergasi ialah Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.
Planet bergerak dengan halaju maksimum apabila menghampiri Matahari dan bergerak dengan halaju minimum apabila menjauhi Matahari. Setiap planet juga berputar pada paksinya dengan kelajuan berbeza-beza dan mempunyai daya graviti yang berbeza-beza juga. Daya tarikan graviti matahari akan mengelakkan planet-planet serta objek-objek lain dalam sistem suria daripada melayang di angkasa lepas. Pada masa yang sama daya yang terhasil daripada putaran dan peredaran planet-planet menghalangnya daripada ditarik terus ke pusat graviti matahari
Labels:
Nota
Wednesday, 12 October 2011
Salam perkenalan
Salam perkenalan. Selamat datang ke Blog Gemilang Sains. Blog ini Cikgu Nory sediakan untuk berkongsi maklumat dengan semua terutamanya murid-murid tahap 2 sekolah rendah. Cikgu Nory akan berusaha menyediakan nota-nota dan juga latihan-latihan bagi meningkatkan lagi kemahiran dan kefahaman murid-murid dalam menguasai salah satu bidang Sains iaitu "Menyiasat Bumi dan Alam Semesta". Semoga blog Cikgu Nory dapat memberikan manfaat kepada semua. Terima kasih!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)